MORATORIUM – JANGAN BUAT BUAT LUPA

MORATORIUM – Kita semua tahu, COVID-19 yang melanda negara sejak awal Mac 2020 yang lalu telah memburukkan lagi keadaan pasaran hartanah semasa. Sebelum itu, industri hartanah kelihatan beransur pulih selepas Kempen Pemilikan Hartanah (HOC) yang telah berjaya menjual lebih daripada 28,000 unit kediaman.

Kerana kurangnya suntikan stimulus dan pakej ransangan dari Kerajaan terhadap industri hartanah seperti tahun-tahun sebelumnya, ini menyebabkan pasaran hartanah pada suku pertama 2020 dilihat lembap dan meresahkan ramai pemaju hartanah.Untuk mengatakan harga rumah telah turun ekoran pandemik COVID-19 juga adalah kurang tepat. Hal ini kerana, tidak wujud penurunan yang mendadak di seluruh negara daripada kedua-dua hartanah jenis kediaman dan komersial.

Ya, memang benar ada unit kediaman yang dijual lebih murah berbanding harga median pasaran semasa lebih-lebih lagi di pasaran subsale. Tetapi, kes-kes minoriti dan terpencil ini tidak boleh dilihat sebagai fenomena harga rumah telah turun secara kolektif.

Selepas tempoh moratorium berakhir kelak, pemilik unit kediaman mempunyai baki tiga bulan lagi yang diberikan pihak bank sebelum pinjaman perumahan menjadi pinjaman tidak berbayar (NPL). Punca terbesar wujudnya NPL adalah kerana isi rumah tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk membuat pembayaran balik ansuran pinjaman perumahan.

Dengan kadar pengangguran yang mencatatkan angka 3.9% pada suku pertama 2020, angkanya dilihat akan terus meningkat. Buat pengetahuan anda, kadar pengangguran di Malaysia untuk suku pertama mencatatkan angka tertinggi sejak 10 tahun dengan jumlah 615,000 orang pada Mac 2020!Jika pemilik rumah gagal membuat bayaran balik ansuran pinjaman hartanah untuk tempoh tiga bulan berturut-turut , Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengira pinjaman tersebut sebagai Non-Performing Loan. Bank akan mula mengeluarkan borang Mungkir Gadaian kepada pemilik hartanah yang gagal membuat ansuran pinjaman hartanah selepas tempoh lima bulan moratorium berakhir.

Dalam tempoh itu juga, bank akan melantik penilai hartanah untuk mendapatkan nilai hartanah tersebut untuk dilelong. Dan akhirnya, selepas tujuh ke lapan bulan, rumah tersebut akan diisytihar lelong dan akan diiklankan di portal-portal bank tersebut. Keesokannya, rumah tersebut akan mula diiklankan di media sosial dan portal online milik ejen lelong yang dilantik oleh pihak bank.

Sumber Petikan Artikel : iproperty

#rahimhartanah #rahimhelmeeproperties #informasihartanah #moratorium

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: