Syarat layak dapat BSH RM 480, Anak bawah 18 tahun

Syarat layak dapat BSH RM 480, Anak bawah 18 tahun

Setelah hampir sembilan puluh hari menempuh ranjau onak duri ketika kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) ,

Negara kini bakal berhadapan krisis ekonomi akibat penularan wabak Covid-19, semestinya ramai sektor yang terkesan dan sekaligus ramai pihak terjejas terutamanya dari segi kewangan.

Oleh itu, pihak kerajaan komited dalam memberi bantuan terutamanya kepada mereka yang layak.

Anak bawah 18 tahun layak dapat bantuan

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan bahawa keluarga yang mempunyai anak di bawah usia 18 tahun, layak menerima bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bagaimanapun, maksimum empat orang anak sahaja yang layak mendapat bantuan dengan setiap orang akan menerima RM120 pada fasa ketiga ini.

Tambahnya lagi, BSH kali ini merangkumi 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang dengan implikasi kos sebanyak RM3 billion.

“Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat orang anak akan mendapat RM1,080 secara keseluruhan bagi bantuan BSH ini…

Pendapatan isi rumah kurang RM2,000

Bagi isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima bayaran sebanyak RM600 manakala, isi rumah dengan pendapatan antara RM2,001 – RM3,000 akan mendapat BSH RM350.

Manakala, bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 – RM4,000 akan menerima BSH sebanyak RM250 dan, golongan bujang (40 tahun ke atas) berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima BSH RM400.

Penerima TIADA akaun bank bagi penduduk pedalaman Sabah, Sarawak boleh…

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan pembayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan fasa kedua serta fasa ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 dan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

“Perbadanan Malaysia Sabah dan Perbadanan Malaysia Sarawak akan turun ke lokasi-lokasi yang ditetapkan di kawasan pedalaman bagi memudahkan urusan penerima di kawasan berkenaan…

“Usaha ini bakal memanfaatkan 53,325 penerima dengan impIikasi kewangan sebanyak RM28.7 juta” Tambahnya.

Sumber : Laman Web Cara Mohon.

BSH fasa ketiga dijangka akan dilaksanakan sebelum akhir Julai ini.

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: