KIRA GAJI BELI RUMAH?

“Gaji saya RM2000. Berapakah harga rumah saya layak beli?”

Sebelum memohon pembiayaan perumahan, baik kira dulu kelayakan pembiayaan perumahan ya.

Ingat, fikir dulu sebelum buat hutang kad kredit , hutang beli handphone dan sebagainya .

Pada peringkat awal kerjaya, berbelanja setakat yang perlu dan ikut kemampuan. Simpan duit dalam sistem kewangan berunsur investment rendah/selamat (low risk)

Contoh paling mudah adalah ASB, TH dan Fix Deposit . Elakkan sertai pelaburan skim cepat kaya.

Ia akan bagi kesan untuk buat pembiayaan perumahan nanti.

Pengiraan

Jom belajar kira kelayakan pembiayaan perumahan.

Lima langkah mudah kiraan kasar kelayakan beli rumah.
Contohnya jika gaji kasar: RM2300.

  1. Kira Gaji Bersih

Gaji Bersih = Pendapatan kasar – Potongan Tetap (KWSP, SOSCO, Cukai Pendapatan)

Contoh: RM2300 – RM200 = RM2100

  1. Kira Ansuran Maksimum Bulanan: DSR (%) X Gaji Bersih

DSR MENGIKUT BANK.

Jika anda bergaji bawah RM3000, DSR maksimum yang dibenarkan adalah 60%.
Sebagai contoh, Bank CIMB. Pendapatan bersih RM2100, DSR maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 60%.

60% X RM2100 = RM1260

  1. Tolak Komitmen Bulanan Dengan Pihak Bank (CCRIS)
    Katakan ada ansuran bulanan kereta sebanyak RM350.
    Jumlah komitmen dengan pihak bank = RM350
    RM1260 – RM350 = RM910
  2. Tolak NDI (Net Disposable Income)

NDI MENGIKUT BANK.

Untuk kos sara hidup. Ada bank guna. Ada tak.
Sebagai contoh, RM500 untuk kos sara hidup. NDI bergantung pada tempat tinggal, taraf perkahwinan.
Katakan ambil contoh NDI: RM500
RM910 – RM500 = RM410

  1. Guna Rule of 200

Ansuran bulanan X 200 = harga rumah

RM410 X 200 = RM82K
Dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM410 sebulan, harga rumah maksimum tidak boleh melebihi RM82K.
Jadi, maksimum pembiayaan perumahan yang boleh diluluskan bank adalah sebanyak RM82,000 saja.

Kaveat

Analisa mungkin tidak tepat 100%. Untuk rujukan asas sahaja.
Ini adalah kiraan kasar sahaja. Anda boleh walk-in ke bank berdekatan untuk tahu berapa sebenarnya kelayakan rumah yang boleh dibeli dengan gaji anda. Bawa penyata gaji sekali.
Jika bergaji rendah tetapi mempunyai banyak komitmen, kau perlu ada simpanan. Simpan di TH ataupun ASB yang boleh dijadikan sebagai dokumen pendapatan sokongan.
Kalau malas sangat boleh isi guna ini:  Loanstreet (Search di Google).
Jangan pelik jika kawan kau yang bergaji rendah boleh lulus pembiayaan perumahan. Kau yang RM4000, bank pun tolak permohonan pembiayaan perumahan kau.

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: