PEMBIAYAAN HARTANAH?

Setiap Institusi Kewangan ada ciri2 tersendiri.

Apa yang di tawarkan oleh institusi pembiayaan hartanah ?

Kali ini, di kemukakan contoh pembiayaan yang di tawarkan daripada 2 institusi, hanya sebagai panduan Am.

Di Artikel yang lain, kita lihat institusi yang lain pula.

Walaubagaimanapun, perbankan hanya lah salah satu daripada elemen penting. Ada beberapa lagi institusi dan juga pihak2 yg penting, untuk selesaikan jual beli hartanah sehingga dapat ‘serah kunci’ .

PEMBIAYAAN HARTANAH – BANK RAKYAT

Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan patuh Syariah yang kompetitif bagi membolehkan syarikat membeli tanah, rumah dan hartanah komersial. Ia berdasarkan konsep Al-Bai Bithaman Ajil yang merujuk penjualan barang berdasarkan pembayaran tertangguh pada harga tertentu yang termasuk keuntungan yang telah dipersetujui oleh Bank dan pelanggan. Hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Pembiayaan Hartanah-i.
Kelayakan : Semua entiti perniagaan seperti syarikat persendirian dan badan koperasi
Konsep : Tawarruq
Jenis hartanah : Tanah – pertanian, kediaman, komersial dan industri.
Bangunan komersial – kedai, rumah kedai, lot pejabat, kilang dan bangunan perniagaan.
Tujuan : Pembelian hartanah kediaman dan bukan kediaman.
Margin : Sehingga 80% daripada harga belian, atau
100% atas nilai jualan paksa, yang mana lebih rendah.
Tempoh : Maksimum 20 tahun.
Fi dan Caj
Caj Dan Perkhidmatan Bagi Individu
Transaksi Caj
Fi Wakalah Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30
Duti Setem Tiada
Yuran Penyelesaian Awal Rebat (Ibra’) akan diberikan ke atas keuntungan tertangguh / belum terakru
Perdagangan Komoditi RM15 akan dicajkan bagi setiap RM1 Juta (50:50 berasaskan perkongsian). Transaksi minimum ialah RM1,000
Caj Pembayaran Lewat Ketika tempoh pembiayaan:
1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak.

Selepas tamat tempoh pembiayaan
Tidak melebihi kadar semalaman semasa Pasaran Wang antara Bank Islam ke atas baki tertunggak.
Dokumen Diperlukan
Pembiayaan Hartanah-i
• Salinan Perjanjian Jual Beli.
• Laporan jurunilai hartanah yang akan disandarkan sebagai jaminan.
Unjuran aliran tunai perniagaan.

PEMBIAYAAN HARTANAH – AGRO BANK

AGROBANK

Hartani-i (Tawarruq)

Hartani-i menyediakan kemudahan pembiayaan kepada kakitangan kerajaan dan swasta serta individu berpendapatan stabil untuk tujuan membeli tanah pertanian.

Pembelian tanah termasuk pembelian terus daripada penjual atau melalui lelongan awam atau pembelian tanah yang akan atau telah dilelong oleh Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank).

Tanah yang hendak dibeli mempunyai geran hak milik individu (Individual Title) atau tanah-tanah yang telah dipecah bahagi mengikut bahagian dan/atau yang akan mendapat hak milik individu sahaja yang boleh dipertimbangkan.

Konsep Shariah yang digunapakai:-

Produk ini mengguna pakai konsep Tawarruq yang melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urus niaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai. Melalui pembiayaan ini, pihak Bank akan membeli komoditi (kredit prabayar atau apa-apa komoditi yang dinasihatkan oleh pembekal komoditi ) daripada pembekal komoditi dengan harga kos (berdasarkan kepada jumlah pembiayaan). Kemudiannya, pihak Bank menjual komoditi tersebut kepada Pelanggan secara Murabahah iaitu harga kos ditambah keuntungan dengan bayaran tertangguh. Seterusnya,Bank sebagai wakil Pelanggan (wakalah) menjual komoditi tersebut pada harga kos secara tunai kepada pihak ketiga. Hasil jualan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun Pelanggan sebagai amaun pembiayaan yang dikehendaki oleh Pelanggan. Komoditi yang diguna pakai bagi tujuan transaksi Tawarruq tertakluk kepada Pembekal Komoditi.

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: