Urusan Jual Beli Tanah?

Ada beberapa proses yang penting.

URUSAN  BELI TANAH  SECARA TUNAI 
PANDUAN URUSAN  BELI TANAH  SECARA TUNAI

  1. Anda perlu pastikan tanah tersebut mempunyai geran asal.Jika anda gagal melihat geran asal. Jangan buat sebarang bayaran.
    2.Untuk tujuan melindungi pihak anda, lantik la peguam hartanah yang berpengalaman.
  2. Cara pembayaran paling selamat adalah melalui peguam sebagai stakeholder

PROSEDUR BELI TANAH  SECARA TUNAI
i) PROSEDUR PENYAKSIAN
Prosedur ini adalah pembeli dan penjual bersama-sama mengisi borang pindah milik iaitu Borang 14A Kanun Tanah Negara (PINDAHMILIK TANAH, BAHAGIAN ATAU PAJAKAN). Prosedur penyaksian boleh dilakukan di hadapan peguam atau pentadbir tanah. Untuk makluman, jika  geran berstatus Tanah Simpanan atau Rezab Melayu, penyaksian mestilah di hadapan pentadbir tanah.
Selepas prosedur ini, pembeli akan dapat beberapa dokumen penting seperti geran asal , pelan ukur yang mesti kena ada sekali dengan geran, borang 14A, dan resit pembayaran cukai tanah.
Jangan lupa Borang Permohonan Taksiran Pindah Milik Harta Tanah (Borang PDS 15) untuk ditandatangani oleh penjual dan pembeli untuk memudahkan urusan di LHDN.

DOKUMEN BAGI PROSEDUR PENYAKSIAN

▪︎Kad Pengenalan PENJUAL dan PEMBELI

▪︎Geran hakmilik yang ASAL

▪︎Borang 14A (Wajib diisi dengan PEN DAKWAH BASAH HITAM atau DITAIP sahaja)

▪︎Sila bawa Sijil Kelahiran Asal jika melibatkan tanah rezab Melayu

▪︎Lampirkan Surat Pemegang Amanah jika berkaitan

▪︎Lampirkan Surat Kebenaran Pindah Milik/Gadaian jika geran tercatat Sekatan-sekatan Kepentingan / Kaveat

▪︎(Surat kebenaran dari pejabat tanah mengata kan pemohonan urusan jual beli tanah di luluskan oleh pengarah ) kalau surat ni hilang anda di haruskan buat laporan polis kerana ni antara dokumen penting untuk proses tukar nama.
 
▪︎Kalau semua ada, selepas isi, disemak dan semuanya betul, Borang 14A tersebut akan ditandatangani oleh semua penjual, pembeli dan peguam/pentadbir tanah.

(ii) PROSEDUR TAKSIRAN DUTI SETEM LHDN
Prosedur ini  kedua mengambil masa biasanya dua minggu untuk diselesaikan. Borang Permohonan Taksiran Pindah Milik Harta Tanah (Borang PDS 15) ini boleh diserahkan oleh sesiapa sahaja atau wakil ke pejabat LHDN.

DOKUMEN BAGI PROSEDUR TAKSIRAN DUTI SETEM LHDN

▪︎Borang PDS 15 yang diisi dan ditandatangani pembeli/penerima dan penjual/pemberi (Pastikan alamat pembeli/penerima betul kerana surat taksiran LHDN akan dihantar ke alamat tersebut)

▪︎Salinan Borang 14A

▪︎Salinan geran

▪︎Salinan kad pengenalan semua pembeli/penjual

▪︎Selepas penyerahan dokumen, anda kena tunggu surat Notis Taksiran Pindah Milik Harta Tanah yang akan menyatakan jumlah duit setem yang perlu dijelas. Biasanya surat ini akan sampai dalam tempoh dua minggu selepas penyerahan dokumen.
Anda boleh semak status taksiran hartanah secara online di laman web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dengan menggunakan no. Adjudikasi atau nombor kad pengenalan.


Untuk panduan, berikut adalah nilai taksiran peratusan duti setem :
RM 100,000 pertama = 1%
RM 100,001 hingga 500,000  = 2%
RM 500,001 dan selebihnya  = 3%
 
Setelah menerima surat notis taksiran, anda hendaklah membayar duti setem di pejabat LHDN dalam tempoh 30 hari. Anda juga boleh membayar secara online dan mencetak Sijil Setem untuk diberikan kepada pejabat tanah.
 
Untuk peringatan anda, jika  lewat membuat bayaran , anda akan dikenakan penalti di bawah Seksyen 47A, Akta Setem 1949 sebanyak RM25.00 atau 5% daripada nilai duti, yang mana lebih tinggi jika disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas tempoh masa untuk setem.

Penalti akan bertambah sekali ganda jika dibuat selepas tempoh 3 bulan tetapi sebelum 6 bulan daripada masa tersebut. Jika selepas 6 bulan penalti akan bertambah sekali ganda lagi. .
 
(iii) PROSEDUR PENDAFTARAN/GERAN 
Proses ini dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar di mana hak milik hartanah tersebut dikeluarkan. Ia melibatkan penyerahan dokumen-dokumen berkaitan kepada pihak pejabat tanah sebelum geran baru/perubahan dikeluarkan/dibuat. Dokumen boleh diserahkan oleh pembeli atau wakil.

DOKUMEN BAGI PROSEDUR PENDAFTARAN/GERAN 

▪︎Borang 14A asal

▪︎Hakmilik/Geran asal

▪︎Sijil Setem LHDN

▪︎Notis Taksiran LHDN asal

▪︎Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang penjual/pemberi

▪︎Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang pembeli/penerima

▪︎Salinan resit/bil Cukai Tanah Tahun Semasa

▪︎Salinan resit/bil Cukai Taksiran (Pintu) Tahun Semasa atau surat/resit pengesahan Majlis Bandaran

▪︎Cukai Tanah Tahun Semasa boleh disemak di pejabat tanah.
Cukai Cukai Taksiran (Pintu) Tahun Semasa pula boleh diambil di Majlis Bandaran.
Jika hartanah tersebut belum dikenakan cukai pintu, sila dapatkan surat pengesahan tersebut daripada Majlis Bandaran.
Sekiranya pindah milik melibatkan hartanah tertentu atau individu khas, beberapa dokumen tambahan perlu disertakan, iaitu :

▪︎Sijil Kelahiran Pembeli/Penerima – jika melibatkan Tanah Rezab Melayu

▪︎Surat Pemegang Amanah – jika melibatkan bahagian tanah tidak mencukupi atau penerima tidak cukup umur

▪︎Salinan Surat Kuasa Wakil dan berdaftar di pejabat tanah – jika melibatkan kuasa tertentu

▪︎Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri – jika melibatkan pihak berkuasa negeri seperti pembelian rumah kos rendah

▪︎Surat Kebenaran Pemegang Gadaian – jika melibatkan hartanah yang masih digadai

▪︎Surat Kebenaran Pemegang Kaveat – jika melibatkan hartanah yang ada sekatan kaveat

▪︎Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan – jika pindah milik melibatkan suami isteri

▪︎Salinan Sijil Kelahiran – jika pindah milik melibatkan anak-beranak/adik-beradik

▪︎Jika pindakmilik melibatkan hartanah syarikat – lebih banyak dokumen disediakan melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

▪︎Jika pindakmilik melibatkan pertubuhan – lebih banyak dokumen disediakan melibatkan carian Pendaftar Pertubuhan (ROS), senarai AJK, Akta Perlembagaan pertubuhan serta minit mesyuarat berkaitan.

 
▪︎Setelah dokumen lengkap, anda perlu membuat bayaran pendaftaran. Berikut adalah contoh bayaran pendaftaran untuk negeri Selangor :


Nilai Taksiran
Tidak melebihi RM50,000 = RM50
RM50,001 – RM200,000 = RM200.00
RM200,001 – RM500,000 = RM 400.00
RM500,000 – RM1,000,000 = RM500.00
Melebihi RM1,000,000 = RM1,500.00
 
Perlu diingatkan penyerahan semua dokumen dalam prosedur  ketiga ini hendaklah dilakukan dalam tempoh 3 BULAN DARI TEMPOH PENYAKSIAN BORANG 14A. Sebab itulah proses pada langkah kedua (duti setem) perlu dilakukan segera.
Jika penyerahan dokumen dalam proses ketiga ini dilakukan selepas 3 bulan dari tempoh penyaksian, anda akan dikenakan penalti SEKALI GANDA daripada nilai bayaran pendaftaran pindak milik di atas.
 
Selepas selesai urusan pembayaran pendaftaran, anda diberi resit dan penyata perserahan pejabat tanah. Dalam tempoh 3 hingga 7 hari, hakmilik atau geran baru akan dikeluarkan. Anda perlu membawa Penyata Perserahan untuk mengutip geran .
Untuk peringatan, anda akan di denda pungutan lewat kecuali Hakmilik Strata  jika tidak menuntut geran dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh pendaftaran pindahmilik.

KEBAIKAN URUSAN  BELI TANAH  SECARA TUNAI

  1. Urusan lebih cepat dan mudah.
    2.Berpeluang untuk dapatkan harga tanah yang lebih murah jika pandai berbincang dengan penjual
    3.Berpeluang untuk belajar sendiri proses jual beli tanah
    KELEMAHAN URUSAN BELI TANAH SECARA TUNAI
    1.Risiko kerugian wang tunai sekiranya berlaku penipuan
    2.Proses lambat sekiranya anda kurang ilmu tentang urusan beli tanah secara tunai
    3.Kepentingan anda tidak dilindungi sepenuhnya sekiranya tidak melantik peguam hartanah.
    Untuk maklumat lebih lanjut, layari : https://ptg.selangor.gov.my/

Rujukan Artikel : URUSAN BELI TANAH – kekandamemey – Semoga memberikan manfaat kepada semua.

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: