KENAPA LOAN TAK LULUS ?

🏢 Original Posting by Mr. Laurel Mercado – Facebook.

KENAPA LOAN DECLINE ?

  1. CCRIS history
  • Dalam tempoh setahun ni, kita pernah ada tunggakkan bayaran 2 bulan dan berlarutan selama 3bulan berturut2.. maksudnya kat CCRIS kita tu ada nombor 2 sebanyak 3x.. walaupun dah 0 sekarang, tapi “sejarah” tu masih terlihat jelas.. kadang2 kalau kita tak justify kenapa kita ada sejarah tertunggak pun akan menyumbang ke arah loan “declined”
  1. Special Attention Acc (SAA)
  • Ada a few record SAA yang baru di selesaikan.. ada a few tu means lebih daripada 1 ok.. dan hutang tu baru sangat di selesaikan. Walaupun kita hantar sekali dengan Settlement Letter, tapi tetap effect juga. Case to case basis
  1. Baki Duit dalam Akaun Gaji
  • Ramai yang tanya Bella, berapa RM kena ada dalam akaun gaji? Soalan ni terlalu “General” susah giler nak justify sebab setiap orang berbeza2. Cuma suka bella nak ingatkan, kalau baki dalam akaun gaji kita tinggal RM4.56 15 hari sebelum next gaji.. berat sikit lah.. lagi berat kalau takde justification.. tengok pulak ada “advance” gaji tapi tetap habis jugak.
  1. Property yang di beli
  • Selain daripada rekod kita, property yang kita beli tu pun mainkan peranan. Mungkin kita “terbeli” property di kawasan banjir. Atau market kawasan tu tak pernah naik2 walaupun dah lebih 10tahun. Atau mungkin juga ada issue dengan status geran. Pendek kata, kena study sikit lah property status yang kita nak beli tu. Jangan aci main hentam kromo je
  1. Property yang di beli melalui ahli keluarga terdekat. Mak ayah, adik beradik, mertua dan dsb. Bukan tak boleh, boleh. Tapi ada cases yang tak lepas di sebabkan status pembelian daripada ahli keluarga terdekat. Again case to case basis
  2. Employment status
  • Mungkin jawatan kita sekarang ni berstatus kontrak. Dan company kita pulak jenis “liat” nak bayar EPF. Jenis yang contribution bulan 1 tapi bayar pada bulan 5. Atau mungkin kita baru sangat pindah kerja, payslip baru hanya ada 1 bulan. Atau kita hanya ada Letter Offer kerja sahaja.
  1. DSR + Cost of living
  • Lepas tolak segala komitmen, baki duit hanya ada a few hundred. Memang susah sikit lah nak lepas. Ye lah, kalau dah 80% gaji duk bayar hutang, nak hidup macam mana? Makan minum, utilities, mileage etc etc etc
  1. Dokumentasi
  • Dokumen tak lengkap. Bank statement takde lah, atau ada OT tapi bagi payslip cuma 4 bulan, sedangkan bank required 6 bulan. Atau mungkin juga hanya bagi dokumen “basic” sahaja. Malas lah tu nak hantar banyak2 😜
  1. Tiada Saving
  • Dah lah gaji cun2 jer, DSR exceed minimal percentage, baki akaun gaji pun kurang dari RM10, tapi saving sikit pun takde.. What? Simpan bawah bantal? Errr, ok!
  1. Ada saving tapi baru minggu lepas bank in
  • Baki buku TH or ASB, baki ada 5 angka. Tapi tempoh simpan baru 5 hari. Then, tiada bukti duit tu dari mana. Pun masalah jugak. Laaa, tadi takde saving nak saving, ni dah ada saving kenapa tak terima pulak? Bukan tanak terima, kalau tiada justification dan bukti transaksi, susah sikit lah.. sebab apa? Bank boleh fikir mungkin duit tu nak tumpang “parking” sekejap sebab nak bagi saving “cun”. Kena faham lagi ni apa maksud saving.

Mr Laurel Mercado
Pegawai Mahkamah
Penasihat Hartanah & Loan
Perunding Kewangan & Pelaburan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1215711452095695&id=100009705544022

– rahimhartanah

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: