LITAR BATU 3 SHAHALAM

RARE : LITAR BATU3 , SHAH ALAM .
Ramai Di antara kita, yang kenal LITAR SEPANG kan.
Sebelum, kemahsyuran LITAR SEPANG Dan Juga KLIA SEPANG.

Ada dua ‘jenama’ Popular, suatu masa dulu.

Yang PERTAMA : SUBANG AIRPORT
Yang KEDUA : LITAR BATU 3, SHAH ALAM.

Untuk generasi 2020 mesti ramai yang tak tahu kan. Walaubagaimanapun you all, pernah lalu Atas tapak LITAR BATU 3 ni. 😁

  • rahimhartanah.net

InformasiHartanah

View this post on Instagram

#Trivia Siapa yang pernah 'layan' Litar Batu 3 Shah Alam? Litar Batu Tiga dibuka pada 1968. Litar itu sepanjang 3.5km dengan 14 selekoh (9 kanan dan 5 kiri) pada keluasan 143 ekar, lengkap dengan 'back straight' sepanjang 900 meter yang dengan mudah untuk pelumba mencecah kelajuan 190km/j menjadikan litar itu terbaik di Asia Tenggara ketika zamannya. Pelumba dan pengurus perlumbaan dari luar negara yang meninjau pembangunan litar itu mengakui ia litar kedua terbaik di Asia selepas litar di Jepun. Malah bagi sesetengah pemandu, litar itu dikatakan antara yang terbaik di dunia. Lama sebelum dikenali di litar-litar antarabangsa lain, ramai nama besar dalam sukan pemotoran hari ini hadir sebagai underdog ketika di Litar Batu Tiga. Valentinno Rossi masih menunggang Aprillia RS125 untuk pasukan Scuderia AGV pada kemunculan sulungnya dalam kejuaraan dunia kategori 125cc. Begitu juga Max Biaggi yang memenangi kejuaraan dunia pertamanya di litar ini. Mick Doohan menguasai kategori 500cc di Litar ini dengan kemenangan 4 kali berturut-turut dalam MotoGP. Di litar sama, peminat sukan permotoran tempatan dapat menyaksikan sendiri Randy Mamola, Wayne Rainey, Kevin Schwantz berentap dengan jentera dua lejang mereka. Kos pembinaan Litar Batu Tiga ketika itu kurang daripada RM1 juta. Selain menjadi gelanggang perlumbaan motosikal dan kereta, litar itu pernah dijadikan lokasi oleh Jackie Chan filem Thunderbolt. Untuk seketika, penggemar sukan permotoran tempatan mempunyai sebuah litar yang bukan saja murah tapi juga kualiti tahap dunia. Namum pada 2003, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Khir Toyo menjual tapak litar itu kepada pemaju perumahan dan seterusnya merobohkan litar itu untuk diganti dengan projek perumahan D’Kayangan. Kini mungkin hanya lokasi 'Rothmans Corner' yang masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Infografik: Chips Yap PS

A post shared by Media Selangor (@mediaselangor) on

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: