LEASEHOLD – 99 TAHUN PAJAKAN, SELEPAS TU ?

Apakah sebenar nya ..

STATUS DAN KEDUDUKAN TANAH PAJAKAN 99 TAHUN

  1. Adakah selamat bagi seseorang membeli tanah pajakan 99 tahun?

Tidak ada masalah bagi seseorang jika ingin membeli tanah berstatus pajakan 99 tahun asalkan tanah tersebut mempunyai geran individu yang berasingan dan bebas daripada sebarang bebanan.

Namun begitu anda perlu tahu bahawa kebiasaannya tanah berstatus pajakan ini mempunyai sekatan kepentingan di mana ianya perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu sebelum ianya boleh dipindahmilik dan digadai kepada pihak bank.

  1. Apa yang akan berlaku terhadap pajakan tanah selepas tanah itu tamat tempoh?

Apabila sesatu tanah berstatus pajakan itu tamat tempoh pajakan, maka secara umumnya tanah tersebut akan kembali menjadi milik kerajaan.

  1. Adakah selepas tempoh pajakan tamat, tanah itu akan dikembalikan kepada kerajaan negeri atau kerajaan akan tawar atau bayar premium dan sebagainya?

Ya. Setelah tempoh pajakan tamat, tanah tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri dan kerajaan negeri tidak perlu membayar sebarang pampasan atau ganti rugi kepada pemilik.

Walaubagaiamanpun sebelum tempoh pajakan tersebut berakhir, pemilik boleh memohon untuk lanjutan tempoh pajakan dan diberi hakmilik semula kepada mereka dengan tempoh pajakan yang baru.

Namun begitu pemilik perlu terlebih dahulu menjelaskan bayaran premium tertentu mengikut nilaian semasa tanah tersebut.

Berdasarkan Peruntukan Seksyen 90A Kanun Tanah Negara (Pindaan 2016), permohonan lanjutan tempoh pajakan boleh terus dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui pejabat tanah yang berkenaan sebelum tempoh pajakan tamat (sebaik baiknya dalam tempoh 2 atau 3 tahun sebelum tempoh pajakan tamat).

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI


** Adakah ilmu ini bermanfat untuk anda? Mahukan lebih banyak lagi ilmu dan panduan dalam urusan hartanah anda?

– rahim hartanah

– InformasiHartanah

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: