PR1MA : eVoucher LAZADA

Rebut Peluang

MERDEKA BONUS UNTUK ANDA!
e-baucar Lazada bernilai RM2,000 dari Pr1ma apabila anda menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) dan membuat bayaran pendahuluan* dalam tempoh yang ditetapkan!

Cepat! Rebutlah peluang keemasan ini.

Hubungi kami atau Rakan Jualan PR1MA yang berdaftar sekarang. Dapatkan promosi ini dari 20 Ogos sehingga 30 September 2020. Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.pr1ma.my. Terma & Syarat Kempen ‘Jom Sign Merdeka Bonus’

Syarat Kelayakan

  1. Kempen ‘Jom Sign Merdeka Bonus’ (“Kempen ini”) terbuka bagi semua projek pembangunan Perbadanan PR1MA Malaysia (“PR1MA”).
  2. Kelayakan sah bagi Kempen ini adalah untuk semua tempahan baru dan lama dibuat oleh mana-mana pelanggan yang telah menerima dan menandatangani Surat Tawaran (‘Offer to Purchase’) untuk pembelian rumah di bawah projek pembangunan PR1MA tetapi masih belum menandatangani / menyempurnakan Perjanjian Jual Beli.
  3. Untuk semua tempahan pembelian rumah PR1MA yang telah dibuat pada atau sebelum 19 Ogos 2020, Perjanjian Jual Beli hendaklah ditandatangani, amaun pinjaman telah diluluskan dan pembayaran ‘Differential Sum’ hendaklah dijelaskan pada atau sebelum 19 Oktober 2020 dan tertakluk kepada semua terma dan syarat yang terkandung di sini.
  4. Untuk semua tempahan pembelian rumah PR1MA yang dibuat dalam tempoh 20 Ogos 2020 sehingga 30 September 2020, Perjanjian Jual Beli hendaklah ditandatangani, amaun pinjaman telah diluluskan dan pembayaran ‘Differential Sum’ hendaklah dijelaskan dalam tempoh 60 hari dari tarikh tempahan dan tertakluk kepada semua terma dan syarat yang terkandung di sini. Hadiah
  5. Hadiah bagi pelanggan-pelanggan yang menetapi syarat kelayakan adalah dalam bentuk E-Baucar Lazada bernilai RM2,000 yang hanya akan diserahkan sekiranya:-
    a) Pembayaran minimum sebanyak 10% daripada harga jualan telah dijelaskan oleh pihak peminjam (Bank/LPPSA/Majikan) bagi pelanggan yang mendapat pinjaman penuh; atau
    b) Pembayaran amaun perbezaan ‘Differential Sum’ antara harga jualan dan amaun pinjaman yang diluluskan telah dijelaskan atau minimum sebanyak 10% daripada harga jualan oleh pelanggan yang tidak mendapat pinjaman penuh atau membeli secara tunai.
  6. Hadiah sama sekali tidak boleh dipindahmilik, diserah hak kepada mana-mana pihak ketiga dan secara tunggal dan mutlak diberikan kepada pelanggan yang layak. Hadiah tidak boleh dalam apa-apa keadaan atau kaedah ditukar atau ditebus oleh pelanggan yang layak dalam apa-apa bentuk nilai, perdagangan atau pertukaran atau cara lain selain daripada yang ditetapkan oleh pihak PR1MA. Hadiah tidak boleh dalam apa jua keadaan ditukarkan sebagai nilai gantian kepada harga jualan yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli.
  7. PR1MA berhak secara mutlak untuk menukar/menggantikan mana-mana Hadiah dengan mana-mana barangan atau apa jua bentuk hadiah lain dengan nilai yang sama dari vendor, pembekal, jenama, model yang sama atau berlainan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis kepada semua pelanggan terlebih dahulu. Pembatalan Kelayakan
  8. Pelanggan yang melanggar sebarang Terma dan Syarat Kempen ‘Jom Sign Merdeka Bonus’, terma-terma di bawah Perjanjian Jual Beli bagi pembelian rumah PR1MA , mana-mana undang-undang dan/ atau peraturan yang berkuatkuasa akan dibatalkan kelayakan secara automatik tanpa sebarang notis.
  9. Sekiranya pelanggan membatalkan pembelian rumah PR1MA setelah segala proses Jual Beli disempurnakan, nilai Hadiah akan ditolak daripada jumlah pembayaran 10% daripada harga jualan rumah PR1MA yang telah dijelaskan. Terma dan Syarat Am
  10. Dengan mengambil bahagian di dalam Kempen ini, pelanggan dianggap sudah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini sepenuhnya.
  11. Pihak PR1MA tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai apa-apa tanggungan rugi bagi apa-apa kos tambahan yang akan ditanggung oleh pelanggan akibat daripada penebusan Hadiah dan susunatur yang dibuat oleh pelanggan bersama pihak Lazada atau pembekal yang berkenaan. Pihak PR1MA juga tidak dalam apa-apa keadaan dan kaedah memberikan sebarang waranti dan jaminan samada secara tersurat atau tersirat berkaitan ketersediaan dan penggunaan apa-apa Hadiah yang ditebus dan susunatur yang dibuat dengan pihak Lazada atau pembekal berkenaan.
  12. Penyertaan pelanggan untuk Kempen ini adalah di atas risiko sendiri. PR1MA, syarikat pegangan, anak syarikat, lembaga pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/ atau wakilnya tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami, termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan secara tidak langsung atau berbangkit, atau bagi kecederaan diri sendiri yang dialami atau ditanggung oleh pelanggani dan juga penebusan dan/ atau penggunaan Hadiah. Pelanggan-pelangganmenanggungrugi PR1MA terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, kerugian atau ganti rugi yang dibuat oleh mereka sendiri atau oleh mana-mana pihak ketiga yang lain dalam apa jua keadaan atau cara berhubung dengan Kempen ini, penebusan dan/atau penggunaan Hadiah.
  13. Sebarang perubahan termasuk tafsiran Terma dan Syarat Kempen ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa PR1MA sepenuhnya dan apa-apa notis dan/atau apa-apa keputusan yang dibuat oleh PR1MA berhubung dengan Kempen ini adalah muktamad.
  14. Kempen ini tidak dalam apa-apa keadaan dan kaedah menjadi sebarang penambahan,variasi atau pindaan kepada Perjanjian Jual Beli di antara PR1MA dan pelanggan-pelanggan yang membeli rumah PR1MA.

– Rahim Hartanah

– InformasiHartanah

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: