SEJARAH KAMPONG BHARU, KUALA LUMPUR

Fakta tentang Kampong Bharu, Kuala Lumpur!

1- Ejaan yang sebenar kampung melayu yang terkenal berada ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur ini adalah Kampong Bharu.

2- Pada asalnya Kampong Bharu ini terdiri dari 7 buah kampung dan kemudian ditambah kepada tiga(3) buah lagi kampung dengan pelbagai tradisi suku yang berbeza iaitu:-

2.01. Kampung Periuk – Pelbagai Suku
2.02. Kampung Atas A – Suku Mandailing
2.03. Kampung Atas B – Suku Minangkabau
2.04. Kampung Pasar Minggu – Pelbagai Suku
2.05. Kampung Masjid – Suku Rawa
2.06. Kampung Hujung Pasir – Pelbagai Suku
2.07. Kampung Paya – Suku Jawa
2.08. Kampung Pindah – Pelbagai Suku
2.09. Kampung Chendana – Pelbagai Suku
2.10. Kampung Khatib Koyan – Pelbagai Suku

3- Kampong Bharu adalah penempatan terbesar orang Melayu di pusat bandar Kuala Lumpur yang mempunyai 3 pecahan kategori tanah seperti berikut:-

A. Kawasan M.A.S (Malay Agriculture Settlement) seluas 222.76 ekar (89.70 hektar) mengandungi 7 buah kampung tradisi yang diwartakan pada 11 Januari, 1964. Ia merupakan tanah kurnia hakmilik kekal yang dikenakan sekatan kepentingan. Sekatan Kepentingan secara jelas menyatakan tanah tersebut tidak boleh dijual dan/atau tidak boleh diduduki oleh orang Bukan Melayu

B. Tanah rezab Pasar Jalan Raja Bot seluas 44.3 ekar (16.3 hektar) merupakan tanah yang mula dibangunkan sejak tahun 1955

C. Kawasan luar M.A.S yang dimiliki oleh DBKL dan PKNS seluas 40.29 ekar (18.8 hektar) dengan pegangan bebas tanpa sekatan kepentingan.

4- Malay Agricultural Settlement (MAS) ditubuhkan dengan berdasarkan peruntukan Seksyen 3 (1)The Malay Agricultural Settlement (Kuala Lumpur) Rules 1950 yang meletakkan urusan pentadbiran dan kawalan Kampong Bharu di bawah kuasa Lembaga Pentadbir MAS.

5- Tanah Kampong Bharu dikurniakan oleh Sultan Selangor, Sultan Alauddin Sulaiman Syah, Raja Muda Musa (Sultan Sulaiman) pada tahun 1899.

6- Antara tujuan utama Baginda Sultan mengurniakan tanah ini bagi mengimbangi struktur ekologi Kuala Lumpur pada ketika itu serta tarikan ekonomi terhadap dua kaum utama di wilayah tersebut iaitu Melayu dan Cina.

7- Kongres Melayu pertama diadakan adalah di Kampong Bharu pada 1 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman dan dipengerusikan oleh Datuk Onn Jaafar.

8- Kampong Bharu mempunyai 4 buah sekolah iaitu:-

8.1 – Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda Abdul Aziz

8.2 – Sekolah Kebangsaan Kampong Bharu

8.3 – Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah

8.4 – Sekolah Pendidikan Khas Kampong Bharu

9- Kampong Bharu mempunyai sebuah klinik kerajaan iaitu Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Di Jalan Raja Abdullah serta mempunyai sebuah masjid iaitu Masjid Jamek Kampong Bharu yang terkenal dengan julukan Bubur Lambuk pada setiap tahun bulan Ramadhan.

10- Antara peristiwa bersejarah dan penting yang pernah berlaku di Kampong Bharu:-

-Peristiwa hitam 13 Mei 1969
-Banjir besar Kuala Lumpur 1971
-Reformasi 1998

**Gambar peristiwa banjir besar kedua di Pintu Gerbang Kampong Bharu pada tahun 1976 ihsan dari Sdr. Nanom Maranun Mohammed Ali

Tolong sebarkan perkara ini agar semua rakyat Malaysia dapat mengenal & ketahui antara Kampung Melayu yang terakhir tinggal/berada di ibukota Kuala Lumpur.

Komen:
Kata Khairina Yaacob,
Banjir ni melimpah sampai ke Jalan Pekeliling.. Masa ni tahun 1971 sy di djh 4 di SRJK Jln Temerloh KL.. Seronok tak payah pergi sekolah.. Flat kami dh mcm pulau..

Semasa peristiwa 13 Mei 1969, sy dlm djh 2 dan sy msh ingat semua peristiwa semasa itu.. Sy tinggal di Kg Datuk Keramat dn bersekolah di SRJK Jln Gurney 2 KL.. 1970, kami semua bpindah ke Flat Pekeliling.

(copy & paste)

– Rahim Hartanah

– InformasiHartanah

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: