BUMI LOT DAN NON BUMI LOT

Perkongsian kali ni secara ringkas tentang perbezaan Bumi Lot dan Non-Bumi Lot.

Mungkin ada yg sudah tahu, dan mungkin ada yg belum tahu. Bagi yg belum tahu, Bumi lot ni memang dikhaskan untuk bumiputera saja dan hanya bumiputera saja yg boleh beli. Jadi, yg bukan bumiputera tak boleh la nak beli.

“Bolehkah saya menukarkan unit hartanah berstatus BUMI LOT kepada NON-BUMI LOT agar dapat dipindahmilik untuk orang bukan Melayu?”

Jawapan bagi soalan di atas adalah “Boleh..asalkan tidak menjejaskan kepentingan syarat atau kuota..”

1) Tahukah tuan puan, status bagi sesuatu hartanah untuk unit Bumi Lot / Bumiputera ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di dalam pelan Kelulusan Perancang.

2) Ia diguna pakai dalam jualan hartanah baru oleh pemaju perumahan (Developer). Pemaju perlu menjualkan lot-lot tersebut kepada orang Bumiputera @ Melayu sahaja.

3) Hartanah yang dikenali sebagai unit Bumi Lot jarang terdapat label di atas hakmilik individu hartanah tersebut.

4) Di dalam sesuatu kes, syarat dan perjanjian jual beli akan menentukan sama ada unit hartanah yang dipetakkan adalah Bumi Lot atau pun tidak.

5) Bagi sesetengah negeri, Bumi Lot boleh dilihat dibawah sekatan kepentingan hartanah tersebut dan di dalam kes terpencil, boleh lihat label Bumi Lot di atas Geran Hakmilik individu seperti yang dibuat untuk hartanah Rezab Melayu.

6) Terma kuota Bumiputera ditetapkan oleh pihak berkuasa kerajaan akan memberikan kelulusan kepada pemaju. Kebiasaannya untuk unit Bumi Lot WAJIB ada sekurang-kurangnya 20% kuota pemilikan dalam sesuatu projek pembangunan.

7) Sekiranya lot hartanah tersebut tidak dapat dijualkan, pemaju boleh memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri untuk membenarkan unit Bumi Lot tersebut dijual kepada orang bukan Melayu.

BAGAIMANA PULA DENGAN NON-BUMI LOT?
Untuk non-bumi lot pulak, semua orang boleh beli.
Kalau tuan puan nak buat pelaburan, disarankan untuk membeli non-bumi lot. Sebabnya, bila tuan puan nak jual dikemudian hari, semua orang boleh beli, jadi pasaran akan lebih luas.

Habis tu, apa kelebihan bumi lot? Bumi lot ni lebih kepada nak membantu bumiputera untuk dapatkan rumah sendiri dengan mengurangkan persaingan.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Haziq Irfan, Yess

– rahimhartanah

– InformasiHartanah

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: