Pilihan Pembayaran Dalam Talian Oleh Rakyat Malaysia

Pembayaran tanpa tunai atau pun “cashless” di Malaysia semakin melalui proses penambahbaikan.

Beberapa proses di laksanakan secara berperingkat dan sistematik.

Bermula daripada sistem pembayaran di toll dan juga pembayaran ketika menaiki sistem pengangkutan awam kendalian Rangkaian Sistem Pengangkutan RAPID.

Sistem pengangkutan eHailing juga, sentiasa memberi galakan potongan diskaun dan sebagainya, jika membayar menggunakan sistem eWallet atau pun cashless.

Platform2 Shopping Online serta Sistem Pesanan Makanan dalam talian juga, 99.9% menggunakan sistem cashless sepenuhnya.

Begitu juga di beberapa Restoran Makanan Segera, yang sudah mula memperkenalkan kiosk pesanan makanan elektronik dengan menggunakan sistem eWallet atau pun cashless.

Kerajaan juga, memperkenalkan sistem insentif eWallet atau pun cashless kepada rakyat.

Di stesen petrol juga , Petronas adalah syarikat yang membangunkan sistem ‘Setel’ , yang memudahkan pengguna nya menggunakan sistem eWallet.

eSmart Parking di beberapa Majlis Perbandaran juga, memperkenalkan sistem eSmart Parking. Bagi menggantikan Sistem kupon dan sebagainya.

Ada beberapa kaedah pembayaran dalam talian, samada kad kredit, kad debit, eWallet atau pun fpx dan lain-lain kaedah.

Kaedah yang paling popular adalah fpx daripada Maybank2U atau pun M2U. Di ikuti dengan beberapa yang lain. Sila rujuk ilustrasi grafik.

Di masa hadapan, apa akan jadi kepada wang tunai atau pun wang fizikal , tidak dapat di pastikan lagi.

Ternyata setiap sesuatu ada kebaikan dan kelemahan yang tersendiri.

Daripada masalah jenayah cyber, scam dan sebagainya, hingga lah ke masalah teknikal. Andaikata sistem internet melalui gangguan bekalan elektrik, atau pun beberapa bencana alam, yang mengakibatkan prasarana sistem elemen internet terganggu dan tergendala. Sistem penyedia Domain dan Hosting tidak dapat berfungsi dengan baik, samada talian internet terganggu atau pun sistem pelayan / server menghadapi masalah teknikal.

Adakah manusia tidak dapat memesan makanan, tidak dapat menaiki pengangkutan awam, tidak dapat isi petrol, tidak dapat lalui jalan raya bertoll elektronik.

Tidak dapat work from home dan anak2 tidak dapat hadiri eClassroom.

Mesyuarat virtual tidak dapat di jalan kan. Tidak dapat bayar parking kereta dan lain lain.

Apakah solusi sokongan sistem eWallet atau pun yang sewaktu dengannya di masa akan datang?

Kebergantungan penuh kepada sistem elektronik dan cybertronik adalah sangat baik, seandainya semua sistem berjalan dengan baik ataupun jika ada kerosakan atau pun gangguan bekalan dan teknikal, dapat di atasi dengan masa minimal.

Ataupun pun mempunyai sistem sokongan kedua, atau pelan malapetaka dan kesinambungan perniagaan. Backup Center, Disaster Recovery Plan – DRP atau pun Business Continuity Plan – BCP dan lain2 yang sewaktu dengannya.

Ataupun seimbang sistem alam semulajadi dengan sistem maya ?

Fikir fikirkan sejenak.

– rahimhartanah

– InformasiHartanah

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: