KISAH DUA SAHABAT

KISAH DAN TELADAN . HUTANG YANG TIDAK DI TUNTUT TAPI WAJIB DI BAYAR.

Kisah dua orang sahabat seorang melayu dan seorang lagi india.

Mereka mula bersahabat, semasa sama2 mula mencari rezeki, sebagai pemandu eHailing.

Sama senasib, di berhenti kan kerja daripada kerjaya Jurutera IT.

Rezeki pemandu eHailing ni, tak menentu, sekali service dan tukar alatganti seperti tayar dll, abis la simpanan / sedikit untung bawa rider.

Suatu hari, dalam keterdesakan, ada berita kecemasan oleh sahabat India ni. Dia memerlukan sedikit pinjaman peribadi dalam RM200 daripada sahabat Melayu nya. Untuk pulang ke kampung di utara Semenanjung.

Dia tidak mahu di beri secara ihsan. Dia ingin meminjam sahaja.

Walaupun dia tahu, dia kata tak tentu lagi bila nak bayar kembali.

Pelbagai situasi berlaku, beliau cuba cari kerja lain, selang seli dengan kerja pemandu eHailing.

Apa yang buat saya respek , sahabat India ini , bertindak membayar balik hutang RM200 tersebut, berperingkat, walaupun sahabat Melayu ini , tidak pernah mendesak.

Dia bayar dahulu RM50. Itupun, selepas 6 bulan berlalu. Walaupun dia ada RM150 pada masa tersebut.

Katanya hati nya tak tenang selagi tak mula bayar balik, walaupun lambat atau pun sedikit demi sedikit.

Selepas 4 bulan, sahabat India ini , hubungi sahabat Melayu itu kembali, dan bayar balik lagi RM50. Baru2 ini.

Katanya , baki lagi RM100 , dia akan bayar di lain masa. Dia harap dia masih hidup, untuk langsaikan hutang, walaupun RM200 cuma.

Dia faham, sahabat Melayu dia pun, senasib dengan nya.

BEGITULAH SERBA SEDIKIT, KISAH DUA SAHABAT. WALAUPUN BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA, DIA SANGGUP UNTUK BAYAR KEMBALI HUTANG SAHABAT, WALAUPUN TIDAK DI TUNTUT.
DIA TIDAK PERGI BERCUTI DI TEMPAT PERANGINAN DAHULU, SEBELUM BAYAR HUTANG, WALAUPUN BERMULA DENGAN RM50.

KADANGKALA SAYA SENDIRI SEGAN SEBAGAI SEORANG MELAYU ISLAM, YANG TIDAK FIKIR KE TAHAP SAHABAT INDIA TERSEBUT.

  • Sekadar coretan kisah benar buat renungan bersama.
  • Kita susah, sahabat lain pun sedang susah.
  • Cuma mereka tak sampai hati nak mintak.
  • Salam Sejahtera

  • rahimhartanah.net
  • InformasiHartanah

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: