TIPS HARTANAH RedhuanAzmi

END FINANCING

Apa itu EF (Pembiayaan Akhir)

Apabila anda ingin membeli projek hartanah baru, biasanya persoalan tentang EF ini tiba-tiba akan popup dalam perbincangan anda dengan ejen hartanah. Jadi apakah EF dan apa maksudnya?

Apa maksud EF?

Singkatannya bermaksud Pembiayaan Akhir, atau dengan makna lain bank yang memberikan pembiayaan kepada peminjam untuk satu² projek secara khusus. Apabila anda membeli hartanah baru dari pemaju xxx pada projek xxx, mereka akan memperkenalkan anda kepada bank ABC untuk dibiayai, namun apabila anda bertanya kepada mereka bagaimana dengan bank kegemaran anda, adakah mereka boleh membiayai pinjaman saya? Mereka mungkin menjawab bahawa EF belum bersetuju dan mungkin dalam proses.

EF sangat penting untuk kelangsungan projek. Tanpa bank yang memberikan pinjaman kepada pembeli, pemaju tidak dapat menjual unit mereka ke pasaran pengguna dan mengakibatkan projek terbengkalai dan muflis. Jumlah bank EF juga penting, bank yang berlainan mempunyai garis panduan yang berbeza dalam meluluskan pinjaman, jadi semakin banyak bank EF projek itu, semakin banyak pilihan yang akan dimiliki peminjam.

Apa maksudnya apabila projek tertentu mempunyai 4 bank EF dan projek lain mempunyai 12 bank EF. Bank adalah institusi korporat perniagaan kapitalis yang business oriented, motif mereka dalam memberi EF adalah meminjamkan wang kepada pengguna dan memperoleh interest mereka. Lebih-lebih lagi, bank tidak hanya akan membuat EF setiap projek dalam jangka masa pendek. Bank akan berusaha dengan cermat melihag pada penyata kewangan pemaju, sama ada mereka mempunyai cukup modal dan kebolehupayaan untuk menyelesaikan projek ini dengan baik, sama ada jenis hartanah, kepadatan, reka bentuk unit, lokasi & mempunyai nilai penjualan semula (sellerbility) yang baik di masa depan. Bank akan membiayai hartanah hanya jika harta itu bernilai baik. Mereka berusaha mengurangkan risiko susut nilai hartanah di masa depan dan menyebabkan NPL berlaku dari projek ini.

Sekiranya anda membaca antara frasa ini dengan baik, anda pasti sudah dapat meneka sebabnya. Semakin banyak EF yang projek itu diterima, ini bermakna projek itu benar-benar memberi pulangan yang baik. Ini juga menjadi ukuran untuk para pelabur pada masa akan datang bagi menilai unit aset yang bakal dimiliki kelak.

  • diolah dari sumber mortgagecrew & hartabumi

Redhuan Azmi
Kaizen Realty
019-974 3433

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: