HOSTEL UNTUK PENJAGA PESAKIT DI ICU

KHAIRUL ABDULLAH
Presiden.
Ukhwah For Ummah
We love, We care.

Siang tadi di hospital Ampang.

Siapa pernah jadi penjaga pesakit di ICU?

Ada pernah jaga arwah isteri, emak ada jaga adik . Jadi saya tengok sendiri keadaan penjaga yang tidak boleh masuk ke ICU selepas waktu lawatan.

Kalau kat wad biasa boleh duduk di sebelah katil pesakit. Kalau di ICU memang tak boleh masuk. Jadi di mana semua waris atau penjaga ni tinggal?

Saya dulu ikut dan jer, kat atas kerusi, kat dalam surau, kat mana sahaja asalkan ada berdekatan wad. Senang kalau nurse atau doktor call boleh terus bergegas pergi.

Orang lelaki senang sahaja, boleh berbaring dan lelap di mana-mana sahaja. Namun orang perempuan tak boleh begitu, ada adab dan aurat yang perlu dijaga, jadi kena tidur di tempat yang sesuai.

Saya baru tahu rupanya ada hostel percuma yang pihak hospital sediakan untuk penjaga yang tiada tempat bermalam ni. Tidaklah seperti hotel, tidaklah seselesa di rumah namun ada katil, ada kemudahan asas untuk berbaring dan melelapkan mata.

Kemudahan ini diluar skop kendalian pihak hospital yang mana tumpuan mereka adalah pada kemudahan rawatan. Jadi, pihak zakat biasanya akan membantu menyediakan katil, tilam dan sebagainya.

Nak menguruskan hostel percuma ni pun memerlukan dana juga yang mana tidak dipunyai oleh pihak hospital. Jadi banyak hostel sebegini yang keadaanya cukup sekadar ada sahaja.

Namun, bagi waris atau penjaga pesakit, ini adalah nikmat. Dapat mandi, solat dan berbaring menghilangkan penat dan kerisauan adalah nikmat tak terhingga.

Selepas melihat sendiri kemudahan hostel ini di beberapa buah hospital, kami team U4U mengambil inisiatif untuk menaiktaraf kemudahan ini.

Kami ingin memberi kemudahan yang lebih baik dan selesa kepada waris yang kebanyakan hatinya gundah gulana, tidak tidur nyenyaknya, tidak selesa keadaannya agar dapat mengurangkan sikit beban kesukaran mereka.

Tadi di Hospital Ampang, kami telah menaiktaraf kemudahan-kemudahan uzur di hostel lelaki dan wanita yang dikenali sebagai Balai Pelawat ini.

Sekali lagi, hostel ini percuma okeh.

Kami pasang tinted di cermin tingkap agar tidak telalu panas, kami beli dan tambah kipas, kami beli cadar dan bantal yang baru, kami sediakan toiletries set untuk semua.

Kami juga sediakan hot and cold water dispenser, yang mana inilah kemudahan yang paling penting di asrama ini. Harapan kami adalah agar mereka yang singgah bermalam di asrama ini dapat menikmati keselesaan yang secukupnya.

Insha-Allah mudah-mudahan dapat membantu mereka.

Kami sedang dalam proses untuk melaksanakan projek ini di semua hospital kerajaan seluruh Malaysia sedikit demi sedikit.

Jadi, kami dengan rendah diri ingin memohon kalian agar dapat bersama dengan kami bagi melaksanakan projek ini. Kita sama-sama memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin turut serta memberi jariah, sumbangan boleh dibuat kepada:

Akaun: Ukhwah For Ummah (U4U)
Bank: CIMB – 8603537251
Ref: Hostel Hospital

Semoga Allah memilih kalian untuk sama-sama bersedekah dalam melaksanakan projek ini. Boleh juga menyumbang bagi pihak ahli keluarga atau yang telah tiada dengan niat pahala sedekah.

Semoga dikurniakan ganjaran syurga buat kita semua.

Aamiin.

P/S. Kongsikan posting ini pun insya-Allah akan dikira sebagai sedekah amal jariah kita.

Ukhwah For Ummah

U4U

hostel hospital

saham Akhirat

Published by Rahim Helmee Awang

Registered Real Estate Negotiator , under MEDINA PROPERTIES Real Estate Agency. Holdings REN32649. Profesional Service in assist client BUY & SELL Properties.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: